Khamis, 2 April 2015

Terlupa Bilangan Rakaat

0 ulasan






Penah Korang camtu..Jom Tgk



Semakan Keputusan UPU 2015

1 ulasan

Semakan keputusan UPU 2015-2016 tawaran IPTA

Semakan Result UPU IPTA Politeknik ILKA 2015 2016
Ruangan ini diwujudkan bagi membantu calon-calon berkenaan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/Politeknik Premier, Konvensional/METrO dan ILKA bagi sesi akademik 2015/2016 mendapatkan maklumat berkaitan
Antara kandungan yang akan dipaparkan hanya merangkumi tarikh hebahan dan semakan keputusan permohonan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai
Walaubagaimanapun calon dinasihatkan melayari portal rasmi BPKP (UPU) di http://upu.moe.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METRO/ KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA LEPASAN SPM
Butiran AktivitiTarikh
Hebahan dan semakan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015Minggu ke-2 Mei
Catatan: Penambahan maklumat, tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan akan dinyatakan kemudian

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM
Butiran AktivitiTarikh *Jangkaan
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahajaMinggu ke-3 April
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016Minggu Pertama Mei
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
  • Nota: Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dan Politeknik Premier sahaja
Minggu ke-3 Mei
Hebahan dan semakan keputusan rayuan
  • Nota: jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal
Minggu ke-2 Jun
Catatan: Penambahan maklumat, tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan akan dinyatakan kemudian

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM
Butiran AktivitiTarikh *Jangkaan
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahajaMinggu ke-3 Mei
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016Minggu ke-2 Ogos
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
  • Nota: Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja
Minggu ke-2 Ogos
Hebahan dan semakan keputusan rayuan calon lepasan STPM/setaraf sesi akademikBermula minggu ke-2 September


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/semakan-keputusan-upu-sesi-2014-2015-tawaran-temuduga-ipta.html#ixzz3W98VsipR

sumber~mysumber.com

"Coker chat" Aplikasi ciptaan pelajar dari sabah

0 ulasan
Google Bayar RM185,000 Untuk Aplikasi Ciptaan Pelajar Dari Sabah

yusrim

KOTA KINABALU - Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama ‘Coker Chat’ kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.

“Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini,” katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi ‘Coker Chat’ merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

“Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea,” katanya.

Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.

Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.

“Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan  kepada negara terutamanya Sabah,” katanya. – Mstar

sumber~suara.tv

Mati kerana GPS

0 ulasan

Mati kemalangan kerana berpandukan GPS







CHICAGO, Amerika Syarikat – Seorang wanita terbunuh dalam satu kemalangan di sini apabila kereta yang dipandu suaminya berdasarkan panduan daripada sistem penentu kedudukan global (GPS) terjunam dari jambatan yang ditutup pada Sabtu lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi di persimpangan Jalan Riley menuju arah selatan Cline Avenue yang telah ditutup kepada pengguna sejak 2009.
Zohra Hussain, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas terjunam dari jambatan itu pada ketinggian 12.2 meter.
Bagaimanapun, suami mangsa, Iftikhar Hussain, 64, terselamat apabila berjaya keluar dari kereta sebelum terbakar.
Jurucakap Jabatan Syerif Daerah Lake, Patricia Van Til memberitahu, jalan tersebut telah ditandakan dengan pelbagai tanda halangan jalan termasuk tong dan kon berwarna oren, tanda kayu tertulis ‘jalan tutup’ dengan jalur oren dan halangan konkrit di seberang jalan.
“Penyiasat mengesyaki mangsa memandu kereta jenis Nissan Sentra itu berpandukan GPS apabila dia telah melanggar beberapa sekatan jalan raya ketika menuju arah ke jambatan itu,” tambahnya. – Agensi


sumber~Kosmo